[NOTICE] BTS POP-UP : ARIRANG IN KUALA LUMPUR Terms & Conditions
Hello. We are excited to announce the opening of the BTS POP-UP : ARIRANG IN KUALA LUMPUR [Operation Information] * Dates: November 27 (Fri) – December 14 (Mon), 2026 * Operating Hours: Daily 10:00 – 22:00 (MYT) * Location: Main Atrium, The Starhill 181, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [Online Reservation Method] Online Reservation Opening Time: November 20, 2026 (Fri) 13:00 (MYT) ※ Please access the reservation page using Google Chrome or Safari. ※ Reservations cannot be made unless account registration has been completed. Please complete the registration process in advance before the reservation opening time. Step 1 : Please sign up for or log in to the reservation website. LINK:https://bts-popup-booking.venue.zone/en/26/kualalumpur-2026 Step 2 : Please select your preferred date and time on the reservation page, then check the agreement box below and submit your reservation. Step 3 : After completing your reservation, please click the “Check Reservation Details” button to confirm your reservation information. Step 4 : You can check your reservation details and entry QR code on the “My Page” section. Step 5 : Entry will proceed sequentially after verification of the entry QR code on-site. Please wait in line according to the instructions and cooperate with the guidance provided by the on-site staff. ※ The entry QR code will only be issued starting 30 minutes prior to the admission time. ※ Screenshots of QR codes will not be accepted. [Online Entry Guidelines] * Entry is available only to those with advance ticket reservations and is limited to the reserved date and time. * Entry on the day may be possible only if there are remaining slots in the reservation session due to last minute cancellations or further ticket release. * Please wait in the outdoor waiting area next to the store no earlier than 15 minutes before your reservation time, following the instructions of the on-site staff. To prevent congestion, please refrain from waiting more than 15 minutes before your reservation time. * Entry may be restricted if you fail to arrive within your reserved time slot. Please also note that access to the pop-up store will not be available after the reserved session time has ended, so we kindly ask that you visit and use the store within your reserved time. * Entry will proceed sequentially after verification of the entry QR code at the entrance. To ensure smooth entry, please prepare your QR code in advance. * Please make sure to follow the time limit if instructed by staff, as delays in exiting may affect the entry of the following session. * Entry may be delayed depending on on-site circumstances. For smooth operations, please follow all instructions and guidelines provided by the on-site staff. * Re-entry is not allowed once you exit the store. * A separate reservation is not required if you are visiting only for product exchanges or refunds. Please inform the on-site staff of the purpose of your visit for assistance. * For accessibility requests please check the ticket booking website for information on how to request accommodations. Please note that the staff will do their best to accommodate requests but may be unable to fulfil if these violate venue policy or other restrictions. [STORE POLICY] Visitors entering the pop-up store are deemed to have agreed to the following: * CCTV is in operation for store safety. * Overnight outdoor waiting is not allowed. We are not responsible for nighttime safety, and the line may be cleared. * Food and beverages are not allowed inside the store. * This pop-up store is not responsible for theft, loss, or damage occurring within the store. * Photos and videos taken at this pop-up event may be used for promotional purposes on official channels, SNS, and media platforms. * Commercial filming without prior consent is not allowed. Where approval from relevant authorities or the municipality is required, such approval must also be obtained in advance. * The management team reserves the right to ask visitors to leave if they fail to comply with pop-up policies or pose a risk to other visitors. [PURCHASE POLICY] * Payments can only be made by Visa Card, Mastercard, Debit Card, DuitNow, Touch'n Go eWallet or Cash. * Please check the product condition for any damage both before and after payment. - Opening the product packaging or box prior to payment is strictly prohibited. - Packaging may only be opened after payment has been completed. * Purchase quantities may be limited per person depending on the product. Transactions exceeding the purchase limit may be denied or cancelled. * All products may sell out early. * Purchase limits for each product can be checked at the pop-up store and may change depending on stock availability. * For further details regarding merchandise purchases, please inquire with the staff at the POP-UP store. * All sales are final. We do not offer refunds or exchanges for change of mind. Refunds or exchanges are available only for products that are defective, faulty, or not as described, subject to the applicable legal time limits in the country of purchase. * Nothing in this policy limits or excludes any statutory rights available under applicable consumer protection laws. * Refunds are only available if the same product is out of stock for exchange. * Refunds will be processed only through the original payment method used at the time of purchase, and all giveaway items received with the purchase must be returned. * Exchanges and refunds will not be available in the following cases: - Failure to return giveaway items provided at the time of purchase, or if the giveaway items are damaged - Damage to product labels/tags, or if tags, packaging, or related materials have been cut, lost, or damaged, or if the product has been lost, damaged, or impaired due to customer responsibility - Signs of contamination, odour, wear, perfume, washing, opened/damaged packaging, or any evidence of use - If the product value has significantly decreased to the extent that resale is not possible, including due to package damage * The store management team reserves the right to make the final decision on all exchanges and refunds. * Customer Support: popupstore@kpopmerch.co.kr Thank you. - [NOTIS] BTS POP-UP : ARIRANG IN KUALA LUMPUR – Terma dan Syarat Salam sejahtera. Kami dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan BTS POP-UP : ARIRANG IN KUALA LUMPUR. [Maklumat Operasi] * Tarikh: 27 November (Jumaat) – 14 Disember (Isnin) 2026 * Waktu Operasi: Setiap Hari 10:00 – 22:00 (MYT) * Lokasi: Main Atrium, The Starhill 181, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [Kaedah Tempahan Dalam Talian] Masa Pembukaan Tempahan Dalam Talian: 20 November 2026 (Jumaat) 13:00 (MYT) ※ Sila akses halaman tempahan menggunakan pelayar Google Chrome atau Safari. ※ Tempahan tidak boleh dibuat sekiranya pendaftaran akaun belum selesai. Sila lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum tempahan dibuka. Step 1: Sila daftar akaun baharu atau log masuk ke laman web tempahan. LINK: https://bts-popup-booking.venue.zone/en/26/kualalumpur-2026 Step 2: Pilih tarikh dan masa yang anda inginkan pada halaman tempahan. Kemudian, tandakan kotak persetujuan terhadap terma dan syarat yang tertera di bawah sebelum menghantar tempahan anda. Step 3: Setelah tempahan berjaya dibuat, sila klik butang “Check Reservation Details” untuk mengesahkan maklumat tempahan anda. Step 4: Anda boleh menyemak butiran tempahan dan kod QR kemasukan anda di bahagian “My Page”. Step 5: Kemasukan akan dilakukan mengikut giliran setelah kod QR kemasukan disahkan di lokasi. Sila beratur mengikut arahan dan berikan kerjasama kepada petugas di lokasi. ※ Kod QR kemasukan hanya akan dikeluarkan bermula 30 minit sebelum waktu kemasukan yang ditempah. ※ Tangkapan skrin kod QR tidak akan diterima untuk tujuan kemasukan. [Garis Panduan Kemasukan Melalui Tempahan Dalam Talian] * Kemasukan hanya dibenarkan kepada pengunjung yang mempunyai tempahan awal yang sah dan terhad kepada tarikh serta masa yang telah ditempah. * Kemasukan tanpa tempahan awal pada hari lawatan mungkin dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan dalam sesi tempahan berikutan pembatalan pada saat akhir atau pelepasan slot tempahan tambahan. * Sila hadir ke kawasan menunggu di luar premis bersebelahan kedai tidak lebih awal daripada 15 minit sebelum waktu tempahan anda dan patuhi arahan petugas di lokasi. Bagi mengelakkan kesesakan, sila elakkan daripada beratur lebih awal daripada 15 minit sebelum waktu tempahan anda. * Kemasukan mungkin dihadkan sekiranya anda gagal hadir dalam slot masa yang telah ditempah. Sila ambil perhatian bahawa kemasukan ke kedai pop-up tidak lagi dibenarkan selepas sesi tempahan anda tamat. Oleh itu, sila pastikan anda mengunjungi dan menggunakan kedai dalam tempoh sesi yang telah ditempah. * Kemasukan akan dilakukan mengikut giliran setelah kod QR kemasukan disahkan di pintu masuk. Sila sediakan kod QR anda terlebih dahulu bagi memastikan proses kemasukan berjalan lancar. * Sila patuhi had masa lawatan sekiranya diarahkan oleh petugas kerana kelewatan meninggalkan kedai boleh menjejaskan kemasukan pengunjung bagi sesi seterusnya. * Kemasukan mungkin mengalami kelewatan bergantung pada keadaan di lokasi. Bagi memastikan kelancaran operasi, sila patuhi semua arahan dan garis panduan yang diberikan oleh petugas di lokasi. * Kemasukan semula tidak dibenarkan selepas anda meninggalkan kedai. * Tempahan berasingan tidak diperlukan sekiranya anda mengunjungi kedai hanya untuk tujuan pertukaran produk atau bayaran balik. Sila maklumkan tujuan lawatan anda kepada petugas di lokasi untuk mendapatkan bantuan. * Bagi permohonan kemudahan aksesibiliti, sila rujuk laman web tempahan tiket untuk mendapatkan maklumat tentang cara memohon bantuan atau kemudahan yang bersesuaian. Petugas akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permohonan tersebut. Walau bagaimanapun, sesetengah permohonan mungkin tidak dapat dipenuhi sekiranya bercanggah dengan peraturan tempat acara atau tertakluk pada sekatan lain. [PERATURAN KEDAI] Pengunjung yang memasuki kedai pop-up dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat berikut: * Kamera litar tertutup (CCTV) digunakan bagi tujuan keselamatan kedai. * Menunggu atau beratur di luar premis sepanjang malam adalah tidak dibenarkan. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan pengunjung pada waktu malam dan barisan menunggu boleh diarahkan untuk bersurai. * Makanan dan minuman tidak dibenarkan di dalam kedai. * Pihak pengurusan kedai pop-up tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian kecurian, kehilangan atau kerosakan yang berlaku di dalam kedai. * Gambar dan video yang dirakam semasa acara pop-up ini mungkin digunakan bagi tujuan promosi melalui saluran rasmi, media sosial (SNS) dan platform media. * Penggambaran bagi tujuan komersial tanpa kebenaran terlebih dahulu adalah tidak dibenarkan. Sekiranya kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan atau pihak berkuasa tempatan diperlukan, kelulusan tersebut juga hendaklah diperoleh terlebih dahulu. * Pihak pengurusan berhak meminta pengunjung meninggalkan kedai sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan kedai pop-up atau menimbulkan risiko kepada pengunjung lain. [POLISI PEMBELIAN] * Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad Visa, Mastercard, kad debit, DuitNow, Touch ’n Go eWallet atau tunai. * Sila periksa keadaan produk untuk memastikan tiada kerosakan sebelum dan selepas pembayaran. - Membuka pembungkusan atau kotak produk sebelum pembayaran adalah dilarang sama sekali. - Pembungkusan produk hanya boleh dibuka selepas pembayaran selesai dibuat. * Kuantiti pembelian bagi setiap individu mungkin dihadkan bergantung pada jenis produk. Transaksi yang melebihi had pembelian yang ditetapkan boleh ditolak atau dibatalkan. * Semua produk mungkin habis dijual lebih awal. * Had pembelian bagi setiap produk boleh disemak di kedai pop-up dan mungkin berubah bergantung pada ketersediaan stok. * Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian barangan rasmi, sila hubungi petugas di kedai pop-up. * Semua pembelian adalah muktamad. Pemulangan atau pertukaran produk atas alasan perubahan fikiran tidak dibenarkan. Bayaran balik atau pertukaran hanya dibenarkan bagi produk yang mempunyai kecacatan, kerosakan atau tidak menepati perihalan produk, tertakluk pada tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang negara tempat pembelian dibuat. * Tiada apa-apa dalam polisi ini yang mengehadkan atau mengecualikan hak pengguna yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlindungan pengguna yang terpakai. * Bayaran balik hanya boleh dibuat sekiranya produk yang sama tiada dalam stok untuk tujuan pertukaran, tertakluk pada hak pengguna di bawah undang-undang yang terpakai. * Bayaran balik hanya akan diproses melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan semasa pembelian. Semua barangan hadiah percuma yang diterima bersama pembelian hendaklah dipulangkan. * Pertukaran dan bayaran balik tidak dibenarkan dalam keadaan berikut, tertakluk pada undang-undang yang terpakai: - Barangan hadiah percuma yang diberikan semasa pembelian tidak dipulangkan atau telah rosak. - Label atau tag produk rosak; tag, pembungkusan atau bahan berkaitan telah dipotong, hilang atau rosak; atau produk hilang, rosak atau mengalami kerosakan akibat tindakan atau kecuaian pelanggan. - Produk menunjukkan tanda kekotoran, bau, kesan pemakaian, minyak wangi, cucian, pembungkusan yang telah dibuka atau rosak, atau sebarang bukti penggunaan. - Nilai produk telah berkurangan dengan ketara sehingga tidak boleh dijual semula, termasuk akibat kerosakan pada pembungkusan. * Pihak pengurusan kedai berhak membuat keputusan akhir berhubung semua permohonan pertukaran dan bayaran balik, tertakluk pada undang-undang yang terpakai. * Khidmat Pelanggan: popupstore@kpopmerch.co.kr Terima kasih.
