[공지] BTS POP-UP : ARIRANG IN KUALA LUMPUR 이용안내
안녕하세요. BTS POP-UP : ARIRANG IN KUALA LUMPUR 이용 방법 및 상품 구매 시 유의사항을 안내해 드립니다. [운영 일정] * 운영 기간: 2026년 11월 27일 (금) – 2026년 12월 14일 (월) * 운영 시간: 매일 10:00 – 22:00 (MYT) * 장소: Main Atrium, The Starhill 181, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [온라인 예약 방법] 온라인 사전 예약 오픈 시간: 2026년 11월 20일 (금) 13:00 (MYT) - 예약 페이지는 Google Chrome 또는 Safari 브라우저를 이용해 접속해 주시기 바랍니다. - 회원가입이 완료되지 않은 경우 예약이 불가하오니, 예약 오픈 전 미리 회원가입을 진행해 주시기 바랍니다. Step1:예약 사이트 회원가입 또는 로그인하기: 링크:https://bts-popup-booking.venue.zone/en/26/kualalumpur-2026 Step2:예약 페이지에서 원하는 날짜와 시간을 선택한 후, 하단의 ‘동의’ 항목 체크 및 제출을 진행해 주세요. Step3:예약 완료 후, ‘예약 내역 확인하기’ 버튼을 클릭하여 예약 정보를 확인해 주세요. Step4:‘마이페이지’에서 예약 상세 정보 및 입장 QR코드를 확인하실 수 있습니다. Step5:현장에서 입장 QR코드 확인 후 순차적으로 입장이 진행됩니다. 안내에 따라 대기해 주시고, 현장 스태프의 안내에 협조 부탁드립니다. ※ 입장 QR코드는 입장 시작 30분 전부터 발급 가능합니다. ※ 캡처된 QR코드는 사용이 불가하오니 이용에 참고 부탁드립니다. [온라인 입장 안내] * 사전 예약 티켓을 보유한 고객에 한해 입장이 가능하며, 예약한 날짜 및 시간에만 입장하실 수 있습니다. * 당일 입장은 예약 취소 또는 추가 티켓 오픈 등으로 예약 회차에 잔여 인원이 발생한 경우에 한하여 가능할 수 있습니다. * 예약 시간 15분 전부터 직원의 안내에 따라 매장 옆에 마련된 외부 대기 공간에서 대기해 주시기 바랍니다. 현장 혼잡을 방지하기 위해 예약 시간 15분 전보다 이른 대기는 삼가 부탁드립니다. * 주어진 예약 시간 내에 도착하지 않을 경우 입장이 제한될 수 있습니다. 또한, 예약 시간 종료 이후에는 팝업스토어 이용이 불가하오니 반드시 예약된 시간 내 방문 및 이용 부탁드립니다. * 입구에서 입장 QR코드 확인 후, 순차적으로 입장이 진행됩니다. 원활한 입장을 위해 QR코드를 미리 준비해 주시기 바랍니다. * 현장 스태프가 이용 시간 제한을 안내하는 경우 반드시 해당 시간을 준수해 주시기 바랍니다. 퇴장이 지연될 경우 다음 회차 입장에 영향을 줄 수 있습니다. * 현장 상황에 따라 입장이 지연될 수 있습니다. 원활한 운영을 위해 현장 직원의 안내 및 유의사항을 준수해 주시기 바랍니다. * 퇴장 후에는 재입장이 불가합니다. * 상품 교환/환불을 위해 방문하실 경우에는 별도의 예약이 필요하지 않습니다. 현장 직원에게 방문 목적을 말씀해 주시면 안내해 드리겠습니다. * 접근성 지원(Accessibility)이 필요한 경우, 예약 사이트 내 안내 사항을 확인하여 요청해 주시기 바랍니다. 스태프는 가능한 범위 내에서 지원을 제공할 예정이나, 베뉴 정책 또는 기타 운영상 제한에 따라 일부 요청은 제공이 어려울 수 있습니다. [매장 운영 정책] 팝업스토어에 입장하는 방문객은 아래 매장 운영 정책에 동의한 것으로 간주됩니다. * 매장 내 안전을 위해 CCTV를 운영 중입니다. * 야외 철야 대기는 불가합니다. 야간 안전에 책임을 질 수 없으며 대기줄이 해산될 수 있습니다. * 매장 내 음식 및 음료 반입이 불가합니다. * 매장 내에서 발생하는 도난, 분실, 파손에 대한 책임을 지지 않습니다. * 팝업 내에서 영상 및 사진 촬영이 진행될 수 있으며, 촬영물은 공식 SNS 및 미디어 등에 홍보 목적으로 사용될 수 있습니다. * 상업적 목적의 촬영은 사전 승인 없이 불가하며, 관계 기관 또는 지자체의 허가가 필요한 경우 해당 승인 또한 사전에 완료되어야 합니다. * 팝업 운영 정책을 준수하지 않거나 다른 방문객에게 위험을 초래할 경우, 운영팀은 퇴장 조치를 요청할 권리를 가집니다. [구매 정책] * 결제는 비자 카드, 마스터카드, 직불 카드, DuitNow, Touch ‘n Go eWallet, 현금으로 가능합니다. * 결제 전후 상품에 이상이 없는지 확인하시기 바랍니다. - 결제 전 상품의 포장 또는 박스를 개봉하는 것은 엄격히 금지됩니다. - 상품 포장은 결제가 완료된 후에만 개봉할 수 있습니다. * 상품에 따라 인당 구매 가능한 수량이 제한될 수 있으며, 구매 제한 수량 이상 구매 시 결제가 거부 혹은 취소될 수 있습니다. * 모든 상품은 조기 품절될 수 있습니다. * 상품별 구매 제한 수량은 팝업스토어에서 확인 가능하며, 이는 재고 상황에 따라 변경될 수 있습니다. * 기타 상품 구매에 관한 자세한 내용은 POP-UP 내 직원에게 문의해 주시기 바랍니다. * 단순 변심에 의한 교환 및 환불은 불가합니다. 교환 및 환불은 상품에 하자가 있거나 상품 설명과 상이한 경우에 한해 구매 국가의 관련 법령에서 정한 기간 내에 가능합니다. * 본 정책은 관련 소비자 보호법에 따라 보장되는 법적 권리를 제한하거나 배제하지 않습니다. * 동일 상품의 재고가 없어 교환이 불가능한 경우에 한해 환불이 가능합니다. * 환불은 동일 결제수단으로 처리되며, 구매 시 제공받은 증정품은 반드시 반납해 주셔야 합니다. * 아래에 해당하는 경우 교환 및 환불이 불가합니다. - 구매 시 제공된 증정품을 반환하지 않거나, 증정품이 훼손된 경우 - 상품의 라벨 또는 태그가 훼손되었거나, 태그·포장재·구성품 등이 절단·분실·훼손된 경우, 또는 고객의 책임으로 상품이 분실·파손되거나 가치가 훼손된 경우 - 오염, 냄새, 착용 흔적, 향수 사용 흔적, 세탁 흔적, 포장 개봉 또는 훼손 등 사용 흔적이 확인되는 경우 - 포장 훼손 등을 포함하여 상품 가치가 현저히 감소하여 재판매가 불가능한 경우 * 교환 및 환불에 대한 최종적인 의사 결정 권한은 팝업 운영팀에게 있습니다. * CS 문의: popupstore@kpopmerch.co.kr 감사합니다. - [NOTIS] BTS POP-UP : ARIRANG IN KUALA LUMPUR – Terma dan Syarat Salam sejahtera. Kami dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan BTS POP-UP : ARIRANG IN KUALA LUMPUR. [Maklumat Operasi] * Tarikh: 27 November (Jumaat) – 14 Disember (Isnin) 2026 * Waktu Operasi: Setiap Hari 10:00 – 22:00 (MYT) * Lokasi: Main Atrium, The Starhill 181, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [Kaedah Tempahan Dalam Talian] Masa Pembukaan Tempahan Dalam Talian: 20 November 2026 (Jumaat) 13:00 (MYT) ※ Sila akses halaman tempahan menggunakan pelayar Google Chrome atau Safari. ※ Tempahan tidak boleh dibuat sekiranya pendaftaran akaun belum selesai. Sila lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum tempahan dibuka. Step 1: Sila daftar akaun baharu atau log masuk ke laman web tempahan. LINK: https://bts-popup-booking.venue.zone/en/26/kualalumpur-2026 Step 2: Pilih tarikh dan masa yang anda inginkan pada halaman tempahan. Kemudian, tandakan kotak persetujuan terhadap terma dan syarat yang tertera di bawah sebelum menghantar tempahan anda. Step 3: Setelah tempahan berjaya dibuat, sila klik butang “Check Reservation Details” untuk mengesahkan maklumat tempahan anda. Step 4: Anda boleh menyemak butiran tempahan dan kod QR kemasukan anda di bahagian “My Page”. Step 5: Kemasukan akan dilakukan mengikut giliran setelah kod QR kemasukan disahkan di lokasi. Sila beratur mengikut arahan dan berikan kerjasama kepada petugas di lokasi. ※ Kod QR kemasukan hanya akan dikeluarkan bermula 30 minit sebelum waktu kemasukan yang ditempah. ※ Tangkapan skrin kod QR tidak akan diterima untuk tujuan kemasukan. [Garis Panduan Kemasukan Melalui Tempahan Dalam Talian] * Kemasukan hanya dibenarkan kepada pengunjung yang mempunyai tempahan awal yang sah dan terhad kepada tarikh serta masa yang telah ditempah. * Kemasukan tanpa tempahan awal pada hari lawatan mungkin dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan dalam sesi tempahan berikutan pembatalan pada saat akhir atau pelepasan slot tempahan tambahan. * Sila hadir ke kawasan menunggu di luar premis bersebelahan kedai tidak lebih awal daripada 15 minit sebelum waktu tempahan anda dan patuhi arahan petugas di lokasi. Bagi mengelakkan kesesakan, sila elakkan daripada beratur lebih awal daripada 15 minit sebelum waktu tempahan anda. * Kemasukan mungkin dihadkan sekiranya anda gagal hadir dalam slot masa yang telah ditempah. Sila ambil perhatian bahawa kemasukan ke kedai pop-up tidak lagi dibenarkan selepas sesi tempahan anda tamat. Oleh itu, sila pastikan anda mengunjungi dan menggunakan kedai dalam tempoh sesi yang telah ditempah. * Kemasukan akan dilakukan mengikut giliran setelah kod QR kemasukan disahkan di pintu masuk. Sila sediakan kod QR anda terlebih dahulu bagi memastikan proses kemasukan berjalan lancar. * Sila patuhi had masa lawatan sekiranya diarahkan oleh petugas kerana kelewatan meninggalkan kedai boleh menjejaskan kemasukan pengunjung bagi sesi seterusnya. * Kemasukan mungkin mengalami kelewatan bergantung pada keadaan di lokasi. Bagi memastikan kelancaran operasi, sila patuhi semua arahan dan garis panduan yang diberikan oleh petugas di lokasi. * Kemasukan semula tidak dibenarkan selepas anda meninggalkan kedai. * Tempahan berasingan tidak diperlukan sekiranya anda mengunjungi kedai hanya untuk tujuan pertukaran produk atau bayaran balik. Sila maklumkan tujuan lawatan anda kepada petugas di lokasi untuk mendapatkan bantuan. * Bagi permohonan kemudahan aksesibiliti, sila rujuk laman web tempahan tiket untuk mendapatkan maklumat tentang cara memohon bantuan atau kemudahan yang bersesuaian. Petugas akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permohonan tersebut. Walau bagaimanapun, sesetengah permohonan mungkin tidak dapat dipenuhi sekiranya bercanggah dengan peraturan tempat acara atau tertakluk pada sekatan lain. [PERATURAN KEDAI] Pengunjung yang memasuki kedai pop-up dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat berikut: * Kamera litar tertutup (CCTV) digunakan bagi tujuan keselamatan kedai. * Menunggu atau beratur di luar premis sepanjang malam adalah tidak dibenarkan. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan pengunjung pada waktu malam dan barisan menunggu boleh diarahkan untuk bersurai. * Makanan dan minuman tidak dibenarkan di dalam kedai. * Pihak pengurusan kedai pop-up tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian kecurian, kehilangan atau kerosakan yang berlaku di dalam kedai. * Gambar dan video yang dirakam semasa acara pop-up ini mungkin digunakan bagi tujuan promosi melalui saluran rasmi, media sosial (SNS) dan platform media. * Penggambaran bagi tujuan komersial tanpa kebenaran terlebih dahulu adalah tidak dibenarkan. Sekiranya kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan atau pihak berkuasa tempatan diperlukan, kelulusan tersebut juga hendaklah diperoleh terlebih dahulu. * Pihak pengurusan berhak meminta pengunjung meninggalkan kedai sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan kedai pop-up atau menimbulkan risiko kepada pengunjung lain. [POLISI PEMBELIAN] * Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad Visa, Mastercard, kad debit, DuitNow, Touch ’n Go eWallet atau tunai. * Sila periksa keadaan produk untuk memastikan tiada kerosakan sebelum dan selepas pembayaran. - Membuka pembungkusan atau kotak produk sebelum pembayaran adalah dilarang sama sekali. - Pembungkusan produk hanya boleh dibuka selepas pembayaran selesai dibuat. * Kuantiti pembelian bagi setiap individu mungkin dihadkan bergantung pada jenis produk. Transaksi yang melebihi had pembelian yang ditetapkan boleh ditolak atau dibatalkan. * Semua produk mungkin habis dijual lebih awal. * Had pembelian bagi setiap produk boleh disemak di kedai pop-up dan mungkin berubah bergantung pada ketersediaan stok. * Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian barangan rasmi, sila hubungi petugas di kedai pop-up. * Semua pembelian adalah muktamad. Pemulangan atau pertukaran produk atas alasan perubahan fikiran tidak dibenarkan. Bayaran balik atau pertukaran hanya dibenarkan bagi produk yang mempunyai kecacatan, kerosakan atau tidak menepati perihalan produk, tertakluk pada tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang negara tempat pembelian dibuat. * Tiada apa-apa dalam polisi ini yang mengehadkan atau mengecualikan hak pengguna yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlindungan pengguna yang terpakai. * Bayaran balik hanya boleh dibuat sekiranya produk yang sama tiada dalam stok untuk tujuan pertukaran, tertakluk pada hak pengguna di bawah undang-undang yang terpakai. * Bayaran balik hanya akan diproses melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan semasa pembelian. Semua barangan hadiah percuma yang diterima bersama pembelian hendaklah dipulangkan. * Pertukaran dan bayaran balik tidak dibenarkan dalam keadaan berikut, tertakluk pada undang-undang yang terpakai: - Barangan hadiah percuma yang diberikan semasa pembelian tidak dipulangkan atau telah rosak. - Label atau tag produk rosak; tag, pembungkusan atau bahan berkaitan telah dipotong, hilang atau rosak; atau produk hilang, rosak atau mengalami kerosakan akibat tindakan atau kecuaian pelanggan. - Produk menunjukkan tanda kekotoran, bau, kesan pemakaian, minyak wangi, cucian, pembungkusan yang telah dibuka atau rosak, atau sebarang bukti penggunaan. - Nilai produk telah berkurangan dengan ketara sehingga tidak boleh dijual semula, termasuk akibat kerosakan pada pembungkusan. * Pihak pengurusan kedai berhak membuat keputusan akhir berhubung semua permohonan pertukaran dan bayaran balik, tertakluk pada undang-undang yang terpakai. * Khidmat Pelanggan: popupstore@kpopmerch.co.kr Terima kasih.
